Senin, 03 November 2014

RESTORAM TERAPUNG

Chalet Restoran Terapung Teluk Bayu Sungai Petani

Chalet Restoran Terapung Teluk Bayu Sungai Petani – Alami keseronokan menginap di Chalet Restoran Terapung Teluk Bayu Sungai Petani sambil berpeluang menyaksikan panorama indah waktu senja suasana matahari terbenam.  Chalet Terapung Teluk bayu terletak diKuala Sungai Merbok Kedah.
Chalet Restoran Terapung Teluk Bayu Sungai Petani menyediakan 2 bilik tidur dengan kelengkapan 7 buah katil dan 2 buah tilam tambahan.  Menpunyai sebuah ruang tamu, dilengkapi dengan set TV, peralatan memasak, tempat membakar ikan
 Chalet menyediakan perkhidmatan sebagai rumah sendiri dengan kelengkapan sebagai sebuah rumah.  bukan itu sahaja, jika anda seronok berkaroke, boleh saja menyewa set karoke untuk menyanyi bersama keluarga.
Aktiviti utama yang boleh anda lakukan di Chalet Restoran Terapung Teluk Bayu Sungai Petani ialah aktiviti memancing.  Walaupun anda seorang bukan kaki pancing tetapi pastinya teruja jika dapat menaikkan seekor ikan siakap bersaiz GERGASI…

Chalet Restoran Terapung Teluk Bayu Sungai Petani

chalet restoran teluk bayu sungai petani
Chalet Restoran Teluk Bayu Sungai Petani
Chalet Restoran Terapung Teluk Bayu Sungai Petani juga menyediakan sebuah restoran terapung yang menyediakan pelbagai jenis masakan laut hasil dari ikan segar yang dipelihara dalam sangkar.
Pelbagai jenis ikan yang boleh anda nikmati terus dari laut seperti Siakap putih, Ikan Merah, Ikan Jenahak, Ikan Kerapu dan Ikan Geroh.  Di samping itu juga anda boleh menjamu selera dengan makanan laut lain seperti Kupang, Tiram, Kepah dan Ketam dengan harga yang berpatutan.
Chalet Restoran Terapung Teluk bayu juga dikenali dengan nama Teluk Bayu Fishing Centre and Chalet.
chalet restoran terapung teluk bayu sungai petani
chalet restoran terapung teluk bayu sungai petani
Menikmati hidangan lazat beramai-ramai seperti ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi dapat menambah eratkan lagi hubungan silaturahim antara keluarga.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar