Pengenalan
Dalam usaha
mengejar kemajuan Negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan
ekonomi dan projen-projek pembangunan sesebuah Negara tidak dapat dielakkan
manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat
pelaksanaan aktiviti ekonimi dan projek pembangunan. Kesan-kesan negative
akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin
mendesak ini mengakibatkan kesan pencemaran. Ksemua kesan negative pembangunan
ke atas alam sekitar, setiap akitiviti ekonomi dan pembangunan mestilah
diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.
Pencemaran
boleh ditakfirkan sebagai pembuagan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari
aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau
kemandirian kehidupan.
Pencemaran
dapat dibagikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam :
- Pencemaran udara
- Pencemaran air
- Pencemaran laut
- Pencemaran bunyi
- Pencemaran tanah
- Pencemaran haba
- Pencemaran sungai dan kolam
Konsep
pencemaran sangat bergantung kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah
ditetapkan terhadap sesuatu factor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri.
Tanpa pengukuran ini, kosep pencemaran menjadi kabur. Contohnya, sesuatu
buah-buahan itu menjadi tercemar hanya apabila didapati daripada pengukuran
bahawa kandungan sesuatu bahan kimia di dalamnya telah melebihi paras bahaya.
Bahan kimia yang berbeza memberikan paras bahaya yang berlainan pula.
Bahan-bahan pencemar lain diukur dengan unit-unit tertentu.
Punca-punca
yang menyebabkan pencemaran.
1. Pencemaran Udara
Mengikut
laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar, melalui akhbar Utusan Pengguna,
jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak
933,000 tan setahun. Daripada jumlah ini, kenderaan ialan punca utama
pencemaran ini (58.1%), diikuti oleh stesen janakuasa (23.9%), pembakaran bahan
api industry (9.4%), pemprosesan industry (3.9%) dan pembakaran terbuka (4.9%).
Pencemaran
udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu
atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda. Bendasing
ini adalah dalam bentuk asap, habuk, wap dan gas atau ap-apa campuran
bahan-bahan ini.
Rajah 1.1 –
Pencemaran udara
2. Pencemaran Air
Pencemaran
air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna
sehingga tidak sesuai dan akan memberikan kesan terhadap manusia apabila
digunkan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik.
Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan
pepejal. Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.
Antara
punca-punca pencemaran air ialah:
- Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air.
- Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak mermerlukan kos pelupusan.
Rajah 1.2 – Pencemaran
Air
3. Pencemaran laut
Punca-punca
berlakunya pencemaran ini ialah :
- Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut dan membawa pencemaran bersama-samanya.
- MInyak yang tumpah daaripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu membunuh burung laut di samping itu menyusahkan tangkapan nelayan di laut.
- Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang.
Rajah 1.3 – Pencemaran
laut
4. Pencemaran tanah
Pencemaran
tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga
terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.Pencemaran jni disebabkan
oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemar pula
terdiri daripada pencemar organic, kimia atau fizik.
Antara
punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah :
- Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang
- Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang kea rah pencemaran ini.
- Penggunaan racun seranggan secara berlebih-lebihan.
- Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-niali maksum yang terdapat di kawasan menarik dan indah. Pembalakan yang bertujuan untuk menggerakkan industry hiliran bagi mambangunkan ekonomi juga mengubah rupa bumi di kawasan berkenaan.
Pencemaran
tanah juga memberikan kesan ke atas aktivit harian manusia. Jika hampir kesemua
tempat telah dicemari, manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat
keindahan alam ini.
Rajah 1.4 –
Pencemaran tanah
5. Pencemaran Bunyi
Pencemaran
bunyi ialah bunyi bising yang berterlaluan sehingga menyakitkan telinga.
Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80dB(A) dan pecemaran ini mengikut situasi
dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini bh dibahagikan kepada empat
bahagian iaitu kebisingan selang-seli, kebisingan selenjar, kebisingan
fluktuasi dan bunyi lantunan.
Punca-punca
pencemaran ini ialah :
- Bunyi yang berpunca daripada proses pembangunan.
- Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.
- Industri-industri juga merupakan penyumbang kea rah pencemaran bunyi. Bunyi-bunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera, kederaan dan sebagainya.
Rajah 1.5 –
Pencemaran Bunyi
Kesimpulan
Indonesia semangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai
bidang. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu, ramai yang tidak menyedari
bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar. Kegiatan-kegiatan
perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan
pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air. Selain itu, kegiatan pembangunan
dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan
hakisan tanah. Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam
seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air, kegiatan
perladangan dan sebagainya.
Sebenarnya,
punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang tidak mempunyai
nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat.Sayang pada alam sekitar, patuh
kepada undang-undang, bertanggungjawab, boleh membuat pertimbangan. Maka
manusialah yang perlu rasional menangani keadaan ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar